.

.

Monday 11 April 2016

Daddy..jangan bunuh kucing itu..

Aku ingin menceritakan kisah hitam keluargaku. Hitam bermaksud penyesalan yang tak sudah. Kerana hati yang hitam, aku telah membunuh anak sendiri. Kerana hati yang busuk, ego, aku menyesal seumur hidup. Bukan mahu membuka pekung didada, tetapi hanya untuk berkongsi kisah aku semoga ianya menjadi ikhtibar kepada semua. Setiap hari aku berdoa semoga tuhan ampun kan dosa aku..setiap hari air mata ini mengalir sederas dosa-dosa penyesalan seumur hidup aku..masih ada harapan lagi kah?
Kisah ini berlaku agak lama. Kehidupan aku sekarang memang tidak seperti dulu. Ibarat pokok yang layu kering, walaupun penuh air diakarnya.
Waktu itu aku punya seorang isteri yang cantik, anak yang comel bernama Maisara.
Dia baru berumur 4 tahun, namun keletahnya membuat kami berdua selalu terhibur.
Pada suatu hari, ketika kami makan disatu gerai, kami didatangi seekor kucing hitam. Kucing itu kelihatan sangat manja. Mencium-cium, mengesel-gesel kaki aku. Aku yang ketika itu sedang makan, terperanjat lalu menyepak kucing itu. Agak kuat sepakan itu kerana jeritan meow nya mengejutkan Maisara dan isteri aku. Isteriku menegur aku supaya bersabar. Maisara terperanjat lalu memarahi aku, "Daddy..jangan la sepak kucing tu, kesian dia..sambil memberikan beberapa cebisan ayam yang dimakan nya." Hampir kesemua ayam (dalam sup ayam) kegemarannya diberikan kepada kucing itu. Aku diam tetapi membara dalam hati. Aku hanya meninggikan suara, jangan membazir makanan..tetapi Maisara langsung tidak mengendahkan kata-kata aku. Dia leka bermain-main dengan kucing jalanan itu.
Semasa hendak membayar harga makanan, Maisara memujuk aku dan ibunya supaya membawa kucing itu pulang kerumah.
"Maisara kesian kat dia...Maisara nak jaga dia.." Aku menggeleng kepala tanda tidak setuju. Isteri aku pula serba salah. Tiba-tiba Maisara menangis. Beria-ria dia menangis.
Isteri aku cuba memujuk aku supaya benarkan kucing itu dibawa pulang. Air muka aku ketika itu benar-benar seperti 'singa lapar' silih berganti memandang Maisara dan kucing hitam yang tidak berguna itu.
Oleh kerana tidak mahu banyak soal dan bergaduh ditempat terbuka begitu, aku terus bersetuju. Maisara sangat gembira, "Maisara nak panggil kucing ni Manja lah..sebab dia manja dengan Maisara." Ujarnya gembira sambil mengusap-usap bulu kucing itu.
Benci dan bengang aku melihat muka kucing itu. Aku memasang niat mahu membunuh binatang itu secara 'halus'.
Satu hari itu aku membeli makanan khas biskut untuk kucing. Aku juga membeli racun tikus paling 'power' menurut tokei kedai itu.
Aku mahu mencampurkan makanan kucing dengan racun itu. Aku merancang untuk membuat kerja keji itu hujung minggu semasa aku cuti. Racun itu aku sembunyikan dahulu.
Setelah sampai waktunya, pagi itu setelah mencampurkan makanan kucing dan racun tikus di dapur, aku sengaja buat pura-pura suka dengan kucing hitam itu. Maisara gembira melihat perubahan aku. Dia mencium pipi aku. "Terima kasih daddy. Maisara sayang daddy.." Ujarnya sambil mencium aku sekali lagi. Kemudian dia terus kedapur mendukung Manja.
Aku membaca surat khabar. Otak aku hanya memikir kematian kucing itu dengan cepat. Baru lah puas hati aku. Tiba-tiba aku terdengar jeritan isteri aku didapur.."Abang..cepat tengok anak ni..dia pengsan.. " jeritannya membuat kan aku terperanjat.
Semasa itulah aku lihat Maisara terbaring, mulutnya berbuih, sebelahnya Si Manja juga terkulai tidak bergerak,mulutnya berbuih,mungkin kesan makan makanan kucing yang telah ku campurkan dengan racun tikus tadi.
"Ya Allah..kenapa ni??"tanya aku. Aku menggoncangkan badan Maisara. Isteri aku menangis sambil menyatakan Maisara makan bersama Si Manja. Makanan yang sama dimakan oleh Manja. Aku terdiam. Aku menjerit sekuat.." Ya Allah..apa aku dah buat ni!" Isteri aku agak pelik..Namun aku terus melupakan sebentar perkara itu dan terus mendukung Maisara bergegas kehospital.
Malangnya doktor menyatakan Maisara tidak dapat diselamatkan. Dia keracunan. Isteri aku terus bertanyakan puncanya. Dengan berat hati aku menceritakan semuanya. Dia diam, tidak berkata apa terus meninggalkan aku keseorangan.
Maafkan Daddy Maisara.. Maafkan daddy. Daddy bersalah pada Maisara dan Manja..maafkan daddy...
Hinggalah masuk 40 hari kematian Maisara dan Manja, isteri ku langsung tidak menegur aku. Satu hari semasa aku pulang dari kerja, aku terima nota minta cerai darinya. Walaupun beribu-ribu kali aku memohon maaf, dia masih tidak dapat memaafkan aku..aku menyesal..aku bertaubat..Maafkan abang..Maafkan daddy sayang..Manja..Maafkan saya..!!!

Sunday 27 March 2016

permata hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamddulillah..setelah sekian lama blog ny ditinggal bersawang.

Now dpt juga update..

Alhamdulillah dikurniaankan rezeki anak pda tanggal 14 january 2016. Lahirlah seorang mujaahid diberi nama AHMAD FATEH BIN MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF.

Pengalaman yg x dapat dilupakan. Sesungguhnya menjadi seorang ibu itu bukanlah suatu perkara yang mudah.

Moga dhiya terus diberi kekuatan utk menjalankan tgvjwab dan amanah sbgai seorang isteri,ibu dan anak yg solehah..


dhiyaaqilah
malaysia (4.26pm)

Wednesday 14 October 2015

Cinta Seorang 'UMAR'

Assalamualaikum w.b.t..

Cinta itu letaknya bukan pada harta, bukan jua pada kuasa, tidak pula pada rupa. Tapi letaknya pada hati, jika kaya hati itu dengan cinta, maka tiada apa yang bisa mematahkan kasih itu walau dengan segunung intan permata.


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)

***

Fatimah tertunduk diam. Umar Abdul Aziz memulakan percakapan. Khalifah yang selama ini sedar bahawa kehidupan Sang isteri mulai berubah. Tidak lagi diserikan dengan khadam yang ramai, tidak pula didamping emas dan zamrud, dan hidup mereka seperti orang biasa, malah lebih biasa dari yang biasa.

Umar sedar, dirinya seharusnya lebih miskin dari yang miskin, lebih papa dari yang papa, masakan seorang khalifah duduk bersenang lenang diatas timbunan emas sedangkan rakyat sendiri terbiar melayari bahtera kemiskinan.

Tidak, Umar tidak akan sesekali mengambil sesuatu yang bukan dari haknya. Beliau tidak akan sesekali mencalari amanah Allah yang terletak di atas bahunya.

Lembut tutur diatur, supaya tiada salah faham antara mereka.

“Wahai isteriku Fatimah, kamu adalah anak kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Kamu mewarisi harta kekayaan yang banyak daripada ayahmu dan kaum kerabatmu. Adakah kamu tahu bahawa semua harta itu dirampas oleh ayahnya daripada rakyat ketika beliau menjadi khalifah?”

Fatimah masih tertunduk..

“Saya tahu wahai suamiku…”

Nada suara lembut kelontaran.

“Kamu pilih antara dua, samaada melepaskan diriku dan kekal bersama harta itu ataupun melepaskan harta itu dan kekal bersamaku.”

Soalan Sang Khalifah benar-benar mengusik naluri wanita Fatimah. Lantas, jawapan diberikan tanpa ragu..

“Saya memilih untuk kekal bersamamu wahai suamiku. Harta itu tidaklah kekal dan tidaklah boleh menjadi bekalan amalanku. Yang wajar saya turuti adalah Khalifah yang adil lagi memegang amanah. Moga saya menjadi isteri yang sentiasa berada disisimu wahai suamiku..”

Segala harta, tanah-tanah, emas dan zamrud, intan permata kesemuanya diserahkan bagi diwakafkan ke Baitulmal. Kesemuanya, tiada satu pun yang tertinggal. Kehidupan mereka menjadi lebih biasa dari orang biasa, sedangkan mereka adalah keluarga Khalifah.


***

Amanah itu jalannya seiring dengan cinta kepada Allah.
Jika cinta kepada Allah, amanah Allah akan dijunjung.
Maka, dirinya terpelihara, keluarganya dijaga..
Dari panasnya bakaran api neraka.

Subhanallah, sedangkan walau sebiji epal pun milik Baitulmal, beliau tidak akan membiarkan ia masuk ke dalam perut anaknya…


Moga kita meneladani sifatnya. 

dhiyaaqilah.



.."Aku menulis atas nama cinta"..



Tiada lafaz kata,
tiada nada dan suara tercipta,
tiada senyum membunga,
yang terzahir hanyalah air mata yang mengalir serta merta.
Saat kelopak pintu putih itu aku selak, terpampang di
hadapan mata satu tubuh kecil yg selama ini belum pernah aku
lihat selemah itu. Tubuh kecil hitam manis yang selalunya dihias
dengan wajah yg tak pernah putus dengan senyuman, dia yang
diberi kebijaksanaan melalui kalam demi menceriakan hati dan jiwa
para teman, hari ini terdampar tak bermaya di atas tilam putih penuh kesengsaraan.

 Aku genggam erat tangannya yang dibaluti wayar-wayar halus
yang terus disambung ke mesin ngeri. Tak mampu lagi aku bendung
mutiara lembut di mata.Bagaikan mata air yang perlu dikorek dalam
ke perut bumi utk mendapat takungannya, begitu juga air mata
yang terkumpul di kelopak. Hanya mereka yang menebuk jauh ke
dasar jantung hati ku mampu mencetuskan titisan penuh misteri itu.

 Dengan suara tersekat-sekat, sakit yang padat, derita tersarat,
bicara pun mula dipahat. Aku sambut segalanya dgn suasana yang
sayu, menahan berat di dalam bagai merima wahyu.
Tanpa mempedulikan lelah yang menghimpit dada dan sakit yang
merata-rata, si dia tanpa henti terus mencurahkan bingkisan-bingkisan
suci, gembira apabila mereka yg mendengar dan memahami cetera hati kini di sisi.

Tak pernah jemu utk berkongsi keindahan hakiki yang pernah
dilalui, nasihat terusdi beri. Hanya mampu aku merenung lembut ke
wajah letihnya. Melayari sisa-sisa kemanisan bersama sementara
nafas masih ada. Sekali-sekala, aku bangkit untuk menyapu kapas
putih yang basahke bibirnya. Dia menghirup barang sedikit air dari
kapasbasah itu.Terlalu kering tekak kerana riang bercerita walaupun
suara hampir- hampir tiada. Sesekali dia terbuai lena, dek ubat khayal penahan derita.

 "Bukan soal pegangan,  ....tapi soal pemeliharaan,
Bukan jua perihal sabar, ....tapi perihal Keredhaan.“   -Dhiya, 29 Mei 2009

Mindaku mula bergerak mendalami baris kata ini. Hakikat dan
syariat mula menyulami renungan akal fikir. Sang Khidir dan si Musa
tetap berpegang pada yang SATU, namun adakah soal penyampaian
dan pemeliharaan mereka sama?

Sang Khidir tertulis perjalanan hidupnya yang di harung sendiri,
tak perlu menjaga dan dijaga. Si Musa terutus untuk hidup dalam
yang ramai, pemeliharaan menjadi perjuangan. Ada hukum hakam dan
ada susah senang. Di manakah aku berdiri?

Kata orang, sabar itu separuh daripada iman. Mana lagi separuh
yang lain? Mungkin di situ letaknya redha. Melengkapkan keimanan,
menyempurnakan penyerahan. Apa lagi yang ada sesudah itu?
Mungkin itu lah yang Tuhan mahu kita sedar dan belajar, menerima
saja hujan yang turun sedangkan hati mengharapkan mentari bersinar.

Kerna DIA sangat tahu, apa yang belum kita tahu.
Kerna DIA mahu kita rasai, apa saja yang DIA kehendaki.
Sifat Tuhan itu istimewa. Maka cara-Nya juga berbeza dan tak sama.
Jauh dari angan kita. Jauh dari pengertian yang ada. Bertentang tapi
benar... Selari tapi tak lari.

Ebiet menyanyi di kotak lagu ku ketika ini. Elergi besok pagi.
Dayuan lagunya membawa aku semakin deras kepada imbasan semalam...

„Ijinkanlah aku rindu pada hitam rambut mu.. dan biarkan ku bernyanyi,
demi hati yang risau ini..“

 -ebiet g. ade

 Sahabat-sahabat dan para teman yang di kasihi, samada yang
pernah atau belum aku ketemui....

 Gambaran yang aku paparkan adalah rentetan untuk apa yang
dipandang mataku pada hari ini, untuk kalian melihat apa yang aku
lihat. Dan warkah yang aku coretkan ini, bacalah kalian dgn bahasa
hati, semoga kalian merasa apa yang aku rasai. Terdetik di hati
untuk berkongsi perjalanan hari ini. Kerna itu aku mula menari
dgn jari, semoga terluah apa yang terbuku di hati, tak kira nurani
atau sanubari.

Aku percaya, kalian adalah mereka-mereka yang sering
hadir di dalam cerita-ceritanya. Para teman dan sahabat yang
disanjung dan dijunjung si dia akan ketinggian keperibadian kalian.

Ayat kataku tak sehebat sang penyair tersohor. Aku masih
mentah dan masih perlu berjalan jauh. Dadaku masih merintih
akan ilmu. Hatiku masih bertatih meminta di suap amalan
yang padu. Maka embun perjalanan ku pada pagi yang dingin ini
aku titipkan kembali dengan peringatan, supaya terserlah kembali
bunga pada diri yang dimakan hutan.

Tuhan masih memberi aku masa untuk menatap wajah dan
berbicara dgn si dia. Mengenang janji Tuhan yang pasti tiba,
membuat aku hiba. Tapi hiba dalam redha. Redha dan terima...
Bukan hiba yang kecewa. Aku belajar dari aku -melalui dia.

Tapi aku diberi satu senyuman kasih dalam payah,
akudiberi seribu satu ilmu dalam sebaris susunan kata,
aku diberi satu makna dalam sejuta keluh dan kesah.
Aku terus diberi setitik keindahan dari tujuh lautan yang telah
direnangi. Dan aku diberi secebis kertas kecil, terlakar lukisan
hitam putih dalam naskah diri yang dijilid rapi . Hanya perlu aku warnai.

 Aku masih diberi waktu mendengar engkau menyanyi,
aku hayati..Aku masih diberi waktu merasai engkau di sisi,
aku tatapi dan rasai. Aku masih diberi waktu melihat engkau meredhai,
aku pelajari dan terus menjalani.

Antara dapat dan diberi.......... Antara sabar dan redha ... 
Antara Khidir dan Musa... Antara kita dan mereka... Antara aku dan dia...

 "Aku bergelut menggulung ke seluruh harapanku.
Lalu ku buang ke kawah yang mengisikan kejadian
dan kenyataan, agar rasa tenang akan sentiasa berkekalan...“
 -Dhiya, 29 Mei 2009

Dhiy, "semoga engkau kembali bangun berlari. Biar hilang perut
tapi engkau tetap ada hati. Kerana dengan hati mu,
Diri dalam diri ini, Telah engkau pimpin ke taman abadi"....

Friday 6 March 2015

Kenapa lelaki suka diam?

By nature, lelaki memang diam. Diam kat sini bererti dia susah nak open up about their problems pada sesiapa. This is ego. Lelaki fikir mereka boleh selesaikan semua problem on their own and save the world. It’s just natural.
Jadi bila mereka ada masalah, dalam minda mereka fikir dari pelbagai angle untuk selesaikan masalah tu. Itu kalau ada masalah la. Kadang-kadang ada yang suka plan macam-macam dalam kepala, lepas bawa pergi makan nak pegi mana? Lepas movie nak buat apa? Lepas itu dan ini apa pula?
Untuk lelaki bercakap tentang masalah dia memang susah. Kena ada moment dia. Tak boleh paksa. Lelaki tak nak dilihat lemah dan lagi sekali, ini adalah ego. It’s just there. Sebagai seorang perempuan, janganlah anda moody pulak kalau dia diam. Biarkan dia. Act normal and when the time comes, bila dia dah makan sampai kenyang, dah comfortable, baru tanya, “You have a problem right? Tell me.”
Drama happens bila si perempuan tak faham. Dalam minda mereka pula, bila tengok lelaki diam macam-macam fikir. Kalau ada elemen lain seperti perempuan lain call sebelum tu, lagilah jauh menerawang minda mereka. Betul tak? Si perempuan akan cuba demand supaya pasangannya talk, tapi si lelaki pulak tak nak. It’s just not the right time and mood. At the end, hari tu terbazir begitu sahaja sebab dua-dua takde mood.
Pasangan kena faham satu sama lain. Lelaki kena open up once a while sebab bila korang open up, perempuan akan tahu yang korang adalah soulmate dan best friend dia. Sekurang-kurangnya dia tahu yang dia juga merupakan tempat mengadu anda.
Perempuan pula, kalau tengok pasangan korang diam seribu kata, janganlah nak terus buat kesimpulan terhadap apa-apa teori/hipotesis yang bermain dalam fikiran korang. Tanya sekali everything ok ke tak, kalau dia cakap ok, then ikutkan je. Biar dia fikir habis dulu, kasi dia feed their ego. Bila lama-lama macam tu jugak, tanya balik.
Kesimpulannya, lelaki ni susah dijangka, ada jenisnya yang suka manja-manja sikit-sikit mengadu langsung tak ada air muka, tetapi lelaki-lelaki yang punyai sifat kepimpinan dalam diri sudah pasti miliki ego yang mampa. Memang benar bagi saya lelaki-lelaki yang diam apabila punya stress level yang tinggi beerti bukan tidak mencintai kita atau sebagainya tetapi kepala mereka sedang ligat berpusing memikirkan solusi bagi menyelesaikan permasalahan yg berada dalam otak, atas asbab itu kenapa kita selalu dengar “Lelaki punya 1 nafsu dan 9 akal” tehehe yelah sambil dating fikir tentang kerja, fikir tentang masa depan, fikir tentang, rumah, fikir tentang family,..
ahhh gitu kaedahnya....
So diam seorang lelaki bagi saya adalah sesuatu yang normal..
Anyway, mmg perempuan ecspecially ISTERI suka di pujuk dan di beri kata yg menyejukkan hati…
bukan mintak pujian pun, cukuplah sekadar simple words to show that guy tu ok… atleast kita lega…sbb diam tu mengundang byk persoalan…*SEBENARNYA MMG NK MINTAK PUJI PUN
mcm yg selalu KEBANYAKKAN PEREMPUAN tanya, ‘sayang sya tak’
cliche kan tpi mmg perempuan suka dgr camtu…
dan lelaki pulak tak suka ckp, tpi tnjuk dengan perbuatan je…
still perempuan nak luahan ayat then baru lah mereka puashati…*macam saya :p
tpi cubalah isteri yg korang selalu di rumah dan dia rajin bertanya or bercakap tu… suddenly dia tak byk ckp?
confirm korang pun akan resah gelisah punya! keh3
Apapun, 
ku akui kelemahan ini, ku akui kekurangan ini. *nasyid
*ok stop melalut
For my kaum kerabat yang bergelar isteri dan perempuan,
terimalah walau pahit bagai hempedu bahawasanya perempuan kalau diam mesti ada something. Mesti problem punya… *tak boleh nak lari dah kenyataan tu..kui3
So, appriciate our husband and try to understand. keep calm n cool down guys.


DHIYA AQILAH
zaujah bitai asyraf
07032015
KAHANG,JOHOR

Thursday 13 March 2014

Tafaqquh Fiddeen : Ibrah dari Surah Al-Kahfi (Kisah Nabi khidir dan Nabi Musa)

Assalammualaikum..
Alhamdulillah,
akhirnya.. (^_^)
dapat juga update blog ny dengan pingisian yg menarik.
Ini adalah sedikit sebanyak ringkasan yg dapat diambil dari tafaqquh tadi.
Insya'allah sama-sama kita ambil ibrah dari kisah ini


“kita nak orang kenal kita tapi kita lupa nk Allah dan penduduk langit mengenali kita”– Ustaz Shahir

Nama sebenar Nabi Khidir : Balyan Ibnu Mulkan

Tiga isi dalam perjalanan Nabi Khidir dan Nabi Musa:-

1 – Nabi Khidir membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.

               “Lalu berjalanlah keduanya(Khidir dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidir) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.

 2 – Nabi Khidir membunuh seorang anak kecil.

                “Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.

3 – Nabi Khidir menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.

                “kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidir) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77. 

Hikmah perbuatan Nabi Khidir (ayat 79-82 surah Al-Kahfi)

1-Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. 

2-Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. 

3-Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.

Hikmah kisah perjalanan:-

1-Sunnah membawa bekalan ketika musafir
2-Makruh musafir seorang diri
3-Ketika sedang musafir dan rasa penat boleh minta untuk berehat
4-Sentiasa mengambil mudarat yang paling rendah


Kesimpulannya, apakah tujuan utama Allah menurunkan kisah ini?

1-Menunjukkan bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Nabi Musa yang mengaku alim.

“Apakah benar Nabi Khidir itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Kita dapat lihat bagaimana pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan tentang Nabi Khidir  ini.

“Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.

Nabi Khidir sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Nabi Khidir bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Nabi Khidir tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Nabi Khidir hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – “dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. “Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.

2-Hakikat segala yang dilakukan Nabi Khidir itu adalah dari Allah. 

Maka, segala keputusan Nabi Khidir di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Nabi Khidir pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Nabi Khidir di akhir perjalanannya dengan Musa.

 “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.

3-Allah mendidik kita untuk bersabar dan bersangka baik melalui keputusan-keputusanNya 

                "Musa berkata kepada lelaki itu(Khidir): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidir) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.

Kesimpulannya keseluruhan:-

1-      Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita
2-      Membuka fikiran kita bahawa  Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya.


DHIYAAQILAH
13032014/ 2412AM
EGYPT 

Wednesday 29 January 2014

Nikmat Cinta Dari Sang Pencipta

Bismillahirahmanirahim..

Tatkala diri mencari..lalu hati berbisik… 
"Aqilah,mungkin bukan lagi masanya"
'ALLAH akan memberi bukan pada masa kita mahu, tapi ia memberi ketika kita memerlukan'..

Indah kan rancangan Sang Pencipta..
Apalah sangat perancangan kita berbanding perancangan dia. 
Ini lah yang dikatakan apabila TAKDIR mengatasi TADBIR.. 

 Kadang-kadang diri mencari di manakah silapnya?.
YA, diri ini sering alpa dengan nikmat dunia..

Terlalu alpa..
Mencari sesuatu yang tak pasti 
Sedangkan nikmat ilahi mencurah-curah didepan mata..
Bukan diri tidak mensyukuri tetapi ralat dengan permintaan hati.. 
Sedangkan diri ini masih mencari-cari lagi ilmu ALLAH datang menjengah. 

Kadangkala hati berkata-kata..
"kuatkah aku?"
"mampukah aku?"
"bagaimana jika aku rebah dalam mengharungi semua ini?"

Sedang hati berkata-kata
Pemikiran datang memberitahu,
yang semuanya akan berjalan dengan lancar 
Selagi mana kita yakin yang ALLAH sentiasa akan bersama dengan kita dalam apa jua keadaan..

Jangan letih meminta!!
Jangan berputus asa dan teruskan usaha
Sesungguhnya ALLAH bersama kita..

At the end!!

Kekuatan datang jua..
Membawa harapan baru supaya aku memperbaharui usaha dan melipatgandakan usaha itu...
'ALLAH tak kan menguji seseorang hamba itu diluarkemapuan hambanya,
melainkan hambanya mampu'

Ingatlah diri ,
Walau dirimu merasa menyendiri, 
ALLAH kurniakan teman-teman dan kaum keluarga yang cukup memahami dan menyanyangimu dan sentiasa ada memenuhi ruang hidupmu dalam mejalani hari-hari

 And now!!

Aku tersenyum puas dalam menikmati nikmat ALLAH yang tidak terperi. 
Tidak pernah walau sekali dia pergi menjauhi diri hambanya yang hina ini. 
 Ku panjatkan rasa bersyukur yang teramat padamu ALLAH. 

Sungguh kasih dan sayang mu tiada batasan buat hamba-hambamu. 
Jadikan lah aku tergolong dikalangan hambamu yang senantiasa mensyukuri akan nikmatmu.. 
Tidak kau hilangkan sesuatu dengan menggantikan sesuatu yang lebih baik..

Aqilah,
Cinta kepada Allah  itu indah, 
Bahkan itulah keindahan yang paling diinginkan oleh hati dan jiwa manusia. 

Lebih dari itu, 
Hati manusia tidak mungkin merasa bahagia, tenang dan damai 
Jika hati itu tidak mengenal, mencintai dan menghambakan diri kepada Allah  semata. 

Aqilah dah lupa ke tentang kata-kata ini,,
Imam Ibnul Qayyim berkata:
“Tidak ada kebahagiaan, kelezatan, kenikmatan, dan kebaikan bagi hati manusia kecuali (setelah) dia menjadikan Allah (sebagai) sembahannya satu-satunya, puncak dari tujuannya dan Zat yang paling dicintainya melebihi segala sesuatu (yang ada di dunia ini)”


Aqilah!!
 'Fahami orang lain, orang lain akan memahami kita'

smile's (^_^) ...

Say to self : 

Aqilah, be strong you can face it!
Amirul asyraf, Fi hifzillah



DHIYAAQILAH
29012013
9.02PM
EGYPT