الفاتحة
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين
|بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki.
Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar
menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan
mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
Untuk info,
Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang
akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.
Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana
beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat
dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah.
Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan
di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya.
Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.
Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
☞ Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun
merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul.
Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013
akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat
dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman,
mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja
dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda,
Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu,
menimba pengalaman dan mencurah bakti
untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan
untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.
Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan.
Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik,
tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa.
Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama
dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan
menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan
lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah
dan orang-orang kenamaan di sana.
Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar
hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.
Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat
selain rakan satu universiti yang hadir
ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul
seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Dhiyaaqilah
21112013
Alexandria, Egypt
No comments:
Post a Comment