.

.

Thursday, 13 March 2014

Tafaqquh Fiddeen : Ibrah dari Surah Al-Kahfi (Kisah Nabi khidir dan Nabi Musa)

Assalammualaikum..
Alhamdulillah,
akhirnya.. (^_^)
dapat juga update blog ny dengan pingisian yg menarik.
Ini adalah sedikit sebanyak ringkasan yg dapat diambil dari tafaqquh tadi.
Insya'allah sama-sama kita ambil ibrah dari kisah ini


“kita nak orang kenal kita tapi kita lupa nk Allah dan penduduk langit mengenali kita”– Ustaz Shahir

Nama sebenar Nabi Khidir : Balyan Ibnu Mulkan

Tiga isi dalam perjalanan Nabi Khidir dan Nabi Musa:-

1 – Nabi Khidir membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.

               “Lalu berjalanlah keduanya(Khidir dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidir) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.

 2 – Nabi Khidir membunuh seorang anak kecil.

                “Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.

3 – Nabi Khidir menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.

                “kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidir) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77. 

Hikmah perbuatan Nabi Khidir (ayat 79-82 surah Al-Kahfi)

1-Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. 

2-Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. 

3-Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.

Hikmah kisah perjalanan:-

1-Sunnah membawa bekalan ketika musafir
2-Makruh musafir seorang diri
3-Ketika sedang musafir dan rasa penat boleh minta untuk berehat
4-Sentiasa mengambil mudarat yang paling rendah


Kesimpulannya, apakah tujuan utama Allah menurunkan kisah ini?

1-Menunjukkan bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Nabi Musa yang mengaku alim.

“Apakah benar Nabi Khidir itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Kita dapat lihat bagaimana pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan tentang Nabi Khidir  ini.

“Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.

Nabi Khidir sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Nabi Khidir bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Nabi Khidir tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Nabi Khidir hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – “dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. “Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.

2-Hakikat segala yang dilakukan Nabi Khidir itu adalah dari Allah. 

Maka, segala keputusan Nabi Khidir di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Nabi Khidir pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Nabi Khidir di akhir perjalanannya dengan Musa.

 “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.

3-Allah mendidik kita untuk bersabar dan bersangka baik melalui keputusan-keputusanNya 

                "Musa berkata kepada lelaki itu(Khidir): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidir) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.

Kesimpulannya keseluruhan:-

1-      Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita
2-      Membuka fikiran kita bahawa  Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya.


DHIYAAQILAH
13032014/ 2412AM
EGYPT 

No comments:

Post a Comment