.

.

Monday, 11 April 2016

Daddy..jangan bunuh kucing itu..

Aku ingin menceritakan kisah hitam keluargaku. Hitam bermaksud penyesalan yang tak sudah. Kerana hati yang hitam, aku telah membunuh anak sendiri. Kerana hati yang busuk, ego, aku menyesal seumur hidup. Bukan mahu membuka pekung didada, tetapi hanya untuk berkongsi kisah aku semoga ianya menjadi ikhtibar kepada semua. Setiap hari aku berdoa semoga tuhan ampun kan dosa aku..setiap hari air mata ini mengalir sederas dosa-dosa penyesalan seumur hidup aku..masih ada harapan lagi kah?
Kisah ini berlaku agak lama. Kehidupan aku sekarang memang tidak seperti dulu. Ibarat pokok yang layu kering, walaupun penuh air diakarnya.
Waktu itu aku punya seorang isteri yang cantik, anak yang comel bernama Maisara.
Dia baru berumur 4 tahun, namun keletahnya membuat kami berdua selalu terhibur.
Pada suatu hari, ketika kami makan disatu gerai, kami didatangi seekor kucing hitam. Kucing itu kelihatan sangat manja. Mencium-cium, mengesel-gesel kaki aku. Aku yang ketika itu sedang makan, terperanjat lalu menyepak kucing itu. Agak kuat sepakan itu kerana jeritan meow nya mengejutkan Maisara dan isteri aku. Isteriku menegur aku supaya bersabar. Maisara terperanjat lalu memarahi aku, "Daddy..jangan la sepak kucing tu, kesian dia..sambil memberikan beberapa cebisan ayam yang dimakan nya." Hampir kesemua ayam (dalam sup ayam) kegemarannya diberikan kepada kucing itu. Aku diam tetapi membara dalam hati. Aku hanya meninggikan suara, jangan membazir makanan..tetapi Maisara langsung tidak mengendahkan kata-kata aku. Dia leka bermain-main dengan kucing jalanan itu.
Semasa hendak membayar harga makanan, Maisara memujuk aku dan ibunya supaya membawa kucing itu pulang kerumah.
"Maisara kesian kat dia...Maisara nak jaga dia.." Aku menggeleng kepala tanda tidak setuju. Isteri aku pula serba salah. Tiba-tiba Maisara menangis. Beria-ria dia menangis.
Isteri aku cuba memujuk aku supaya benarkan kucing itu dibawa pulang. Air muka aku ketika itu benar-benar seperti 'singa lapar' silih berganti memandang Maisara dan kucing hitam yang tidak berguna itu.
Oleh kerana tidak mahu banyak soal dan bergaduh ditempat terbuka begitu, aku terus bersetuju. Maisara sangat gembira, "Maisara nak panggil kucing ni Manja lah..sebab dia manja dengan Maisara." Ujarnya gembira sambil mengusap-usap bulu kucing itu.
Benci dan bengang aku melihat muka kucing itu. Aku memasang niat mahu membunuh binatang itu secara 'halus'.
Satu hari itu aku membeli makanan khas biskut untuk kucing. Aku juga membeli racun tikus paling 'power' menurut tokei kedai itu.
Aku mahu mencampurkan makanan kucing dengan racun itu. Aku merancang untuk membuat kerja keji itu hujung minggu semasa aku cuti. Racun itu aku sembunyikan dahulu.
Setelah sampai waktunya, pagi itu setelah mencampurkan makanan kucing dan racun tikus di dapur, aku sengaja buat pura-pura suka dengan kucing hitam itu. Maisara gembira melihat perubahan aku. Dia mencium pipi aku. "Terima kasih daddy. Maisara sayang daddy.." Ujarnya sambil mencium aku sekali lagi. Kemudian dia terus kedapur mendukung Manja.
Aku membaca surat khabar. Otak aku hanya memikir kematian kucing itu dengan cepat. Baru lah puas hati aku. Tiba-tiba aku terdengar jeritan isteri aku didapur.."Abang..cepat tengok anak ni..dia pengsan.. " jeritannya membuat kan aku terperanjat.
Semasa itulah aku lihat Maisara terbaring, mulutnya berbuih, sebelahnya Si Manja juga terkulai tidak bergerak,mulutnya berbuih,mungkin kesan makan makanan kucing yang telah ku campurkan dengan racun tikus tadi.
"Ya Allah..kenapa ni??"tanya aku. Aku menggoncangkan badan Maisara. Isteri aku menangis sambil menyatakan Maisara makan bersama Si Manja. Makanan yang sama dimakan oleh Manja. Aku terdiam. Aku menjerit sekuat.." Ya Allah..apa aku dah buat ni!" Isteri aku agak pelik..Namun aku terus melupakan sebentar perkara itu dan terus mendukung Maisara bergegas kehospital.
Malangnya doktor menyatakan Maisara tidak dapat diselamatkan. Dia keracunan. Isteri aku terus bertanyakan puncanya. Dengan berat hati aku menceritakan semuanya. Dia diam, tidak berkata apa terus meninggalkan aku keseorangan.
Maafkan Daddy Maisara.. Maafkan daddy. Daddy bersalah pada Maisara dan Manja..maafkan daddy...
Hinggalah masuk 40 hari kematian Maisara dan Manja, isteri ku langsung tidak menegur aku. Satu hari semasa aku pulang dari kerja, aku terima nota minta cerai darinya. Walaupun beribu-ribu kali aku memohon maaf, dia masih tidak dapat memaafkan aku..aku menyesal..aku bertaubat..Maafkan abang..Maafkan daddy sayang..Manja..Maafkan saya..!!!

No comments:

Post a Comment