Bismillahirahmanirahim..
Tatkala diri mencari..lalu hati berbisik…
"Aqilah,mungkin bukan lagi masanya"
'ALLAH akan memberi bukan pada masa kita
mahu, tapi ia memberi ketika kita memerlukan'..
Indah kan rancangan Sang
Pencipta..
Apalah sangat perancangan kita berbanding perancangan dia.
Ini
lah yang dikatakan apabila TAKDIR mengatasi TADBIR..
Kadang-kadang diri mencari di manakah silapnya?.
YA, diri ini sering alpa
dengan nikmat dunia..
Terlalu alpa..
Mencari sesuatu yang tak pasti
Sedangkan nikmat ilahi mencurah-curah didepan mata..
Bukan diri tidak
mensyukuri tetapi ralat dengan permintaan hati..
Sedangkan diri ini masih mencari-cari lagi ilmu ALLAH datang menjengah.
Kadangkala hati berkata-kata..
"kuatkah aku?"
"mampukah aku?"
"bagaimana jika
aku rebah dalam mengharungi semua ini?"
Sedang hati
berkata-kata
Pemikiran datang memberitahu,
yang semuanya akan berjalan
dengan lancar
Selagi mana kita yakin yang ALLAH sentiasa akan bersama
dengan kita dalam apa jua keadaan..
Jangan letih meminta!!
Jangan berputus
asa dan teruskan usaha
Sesungguhnya ALLAH bersama kita..
At the end!!
Kekuatan datang jua..
Membawa harapan baru supaya aku memperbaharui usaha
dan melipatgandakan usaha itu...
'ALLAH tak kan menguji seseorang hamba
itu diluarkemapuan hambanya,
melainkan hambanya mampu'
Ingatlah diri ,
Walau dirimu merasa menyendiri,
ALLAH kurniakan teman-teman dan
kaum keluarga yang cukup memahami dan menyanyangimu dan sentiasa ada
memenuhi ruang hidupmu dalam mejalani hari-hari
And now!!
Aku tersenyum
puas dalam menikmati nikmat ALLAH yang tidak terperi.
Tidak pernah walau sekali dia pergi menjauhi diri hambanya yang hina
ini.
Ku panjatkan rasa bersyukur yang teramat padamu ALLAH.
Sungguh kasih dan sayang mu tiada batasan buat hamba-hambamu.
Jadikan lah aku tergolong dikalangan hambamu yang senantiasa mensyukuri
akan nikmatmu..
Tidak kau hilangkan sesuatu dengan menggantikan sesuatu yang lebih
baik..
Aqilah,
Cinta kepada Allah itu indah,
Bahkan itulah keindahan yang paling
diinginkan oleh hati dan jiwa manusia.
Lebih dari itu,
Hati manusia
tidak mungkin merasa bahagia, tenang dan damai
Jika hati itu tidak
mengenal, mencintai dan menghambakan diri kepada Allah semata.
Aqilah dah lupa ke tentang kata-kata ini,,
Imam Ibnul Qayyim berkata:
“Tidak ada kebahagiaan, kelezatan,
kenikmatan, dan kebaikan bagi hati manusia kecuali (setelah) dia
menjadikan Allah (sebagai) sembahannya satu-satunya, puncak dari
tujuannya dan Zat yang paling dicintainya melebihi segala sesuatu (yang
ada di dunia ini)”
Aqilah!!
'Fahami orang lain, orang lain akan memahami kita'
smile's (^_^) ...
Say to self :
Aqilah, be strong you can face it!
Amirul asyraf, Fi hifzillah
DHIYAAQILAH
29012013
9.02PM
EGYPT
No comments:
Post a Comment