.

.

Monday, 23 December 2013

Relevankah 'SMART CIRCLE a.k.a USRAH' dalam kesibukan?

Bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah,syukur atas setiap nikmat  yang diberikan..
dalam mengahadapi kesibukan sebabgai pelajar perubatan di bumi ardul kinanah ini
di samping minggu peperiksaan yang sedang ditempuhi..
masih sempat menaip blog sebagai tempat melepaskan apa yang 'jeng' dalam minda ni..
dalam kesepian malam ini,
terjentik di sanubari tentang kesibukan ku terhadap duniawi dan ukhrawi..
merindui sahabat-sahabat SC/usrah dan akak-akak bulatan gembira (^_^) 

 Terfikir sejenak..Sibuk..??
Adakah kita sibuk? Bidang perubatan paling sibuk dari jurusan  lain? Sibuk atau tidak bergantung kepada persepsi kita sendiri dan bagaimana kita mengurus masa.

Jika difikir-fikirkan, Rasulullah saw lagi sibuk berbanding kita. Rasulullah masih mampu melahirkan keluarga sakinah, masih boleh mengislamkan ramai manusia pada zaman baginda, masih boleh menjadi usahawan yang berjaya, boleh menghafal wahyu-wahyu yang diturunkan oleh Illahi, boleh bangkit Qiam dan masih tersenyum dan berakhlak mulia.

Jika kita muhasabah diri, tidak perlu pergi jauh, diri saya sendiri, kadangkala saya mudah marah dan geram apabila banyak kerja yang perlu diselesaikan dan kita dengan mudah akan meninggalkan kerja yang kita rasakan sebagai keperluan ‘kedua’ dari segi keutamaannya.

Maka jika SC/usrah atau kepentingan mencari ilmu agama diletak di tangga kedua berbanding kerja kita, dengan mudah kita akan ‘melepaskan’ peluang mencari keberkatan dari usrah berbanding kerja kita. Sebetulnya keperluan dalam memantapkan merupakan sesuatu yang lebih utama. Bukankah agenda hidup kita untuk mencari redhaNya? Jadi bagaimana untuk mencapainya, kita sendiri perlu mencari peluang dan cara untuk mencapai matlamat yang kita tetapkan.


“Perjalanan panjang hanya boleh ditempuh dengan keseriusan dan berjalan waktu malam.Jika seorang musafir menyimpang dari jalan, dan menghabiskan waktu malamnya untuk tidur, kapan ia akan sampai ke tujuan?” (Ibnu Qayyim)


Saya amat tertarik akan kata-kata di atas, ia membuatkan saya termenung dan berfikir kebenarannya. Setiap kita sebenarnya menempuh jalan yang panjang dan setiap kita sibuk sebenarnya. Sama ada kita sibuk dengan perkara-perkara besar atau sebaliknya. Sememangnya fitrah manusia akan sentiasa melakukan sesuatu. Bahkan tidur itu juga merupakan ‘satu perlakuan’.

Pernah terlintas difikiran suatu masa dahulu, “alah, kesolehan tu kan boleh dicari dengan banyakkan beribadah bersendirian?”

Benar tetapi tidak lengkap dan motivasi itu mudah hilang jika tiada dorongan atau suasana yang memotivasi kita untuk terus beribadah. Iman manusia itu turun dan naik.

"Terkenang sejenak mama ku nur aishah humairah bercerita tentang 'keluar 40 hari'. Sbb iman manusia itu trun naik,jadi dengan keluar ke jalan allah itu dapat meningkatkan amalan kita dan iman kita disamping mendekatkan diri dengan orang-orang soleh "
 

“Ketakwaan pada Allah pasti mendatangkan rezeqi. Kerana itu, meninggalkan ketakwaan pasti mendatangkan kefakiran.”



Begitulah untaian kata-kata hikmah dari Ibnu Qayyim rahimullah. Hebatnya mereka terdahulu, iman itu meresap dalam setiap aspek kehidupan. Sememangnya generasi beginilah yang perlu kita cuba ikuti. Oleh itu padangan bahawa berusrah itu membazir masa atau memenatkan adalah salah sama sekali. Malahan SC/usrah itu sepatutnya boleh menjadi tempat untuk kita ‘recharge’ iman yang semakin lesu.

Secara realitinya, pasti akan nada waktu 'smart circle' yang kita tidak dapat hadir kerana bertembung dengan jadual kuliah dan sebagainya. Saya sendiri pernah tidak hadir SC/usrah secara berturut kerana tidak dapat menukar jadual namun apabila berkesempatan janganlah melengahkan kerana takut kita akan ‘selesa’ dengan dunia sehingga tidak ingin lagi termasuk dalam ‘kepenatan’ mencari redhaNya.

Bersangka baiklah kepada naqibah dan ahli SC/usrah yang lain. Jauhi daripada berfikir “mesti mereka memandang yang aku tidak serius dalam SC/usrah” kerana kata-kata begini boleh melemahkan. Sebaliknya berbincang dengan ketua usrah adalah yang terbaik kerana kadangkala solusi ang tidak pernah terfikir boleh wujud ketika perbincangan itu.

Akhir kalam, renungkan kata-kata hikmah Ibnu Abbas ini:



“Wahai anak Adam, juallah duniamu dengan akhiratmu. Pasti engkau akan memperoleh untung dari kedua-duanya. Jangan jual akhiratmu dengan duniamu, kerana jika begitu engkau akan mengalami kerugian dari kedua-duanya.
 

Peringatan untuk diri ini jua...Wallahualam..





DHIYAAQILAH
24122013
9.02PM
(EGYPT)
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. baru perasan,,ada yang komen rupanya..haha,,ilmu allah,,

    ReplyDelete
  2. usrah perlu untuk kita ni haa...betul x doktor nadia??

    kikiki

    ReplyDelete
  3. betul doktor suhailawati,,dalam mencari ilmu dunia,,harus seimbangkan ilmu lain,,,dalam usrah kita dpat mentarbiyah diri,,,

    ReplyDelete