.

.

Wednesday, 20 November 2013

Cinta Stethoscope & Mata Pena





"Aku study Medic kerna Allah. Lillahi taala."

"Aku stay up malam ni kerna Allah. Lillahi taala."
"Aku ke lecture hari ni kerna Allah. Lillahi taala."
"Aku amek test arini kerna Allah. Lillahi taala."



Tapi tapi tapi,
bila ditanya, "Why do you want to be a doctor?"

"I want to be a doctor, because I want to save people's lives."
"I want to be a doctor, because I want to serve my country."
"I want to be a doctor, because I want to chase after my dream to be a surgeon."

Wahai doktor-doktor pemangkin ummah,
ke manakah kita telah campak Allah?
ke manakah kita telah buang Islam?

Sungguh,
kita terlalu cintakan dunia ni kan?
Hinggakan kita lupa siapa diri kita sebenar-benarnya.

Layakkah kita menggelar diri kita sebagai hambaNya, 
apatah lagi KhalifahNya?

Apakah layak kita mencium bau Syurga Firdaus,
dan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW yang kita kasihi?

Apakah kita tidak malu bersua dengan Saidina Umar,
dan mampukah kita menjawab pabila ditanya, 
kenapa kita malu dan berasa hina bergelar seorang Muslim,
sedangkan beliau telah terang-terangan, 
berani mengumumkan dia seorang Muslim?

"Aku belajar medic sebab nak (isikan dengan kemahuan anda) kerna Allah."

atau, 

"Kerna Allah, aku belajar segalanya."

Terdiam.
Terpaku.
Senyap.

Mana satukah kita?
Dan dimanakah Allah dalam hidup kita?
Paling utama atau paling belakang?

Ketuk hati kita,
tegur minda kita.

***
In sha Allah.
Entri ini khas buat bakal-bakal doktor,
termasuk diri ku dan juga para akhawat, 
yang bertungkus lumus memacu Mutarabbi mir'ath dengan izinNya.

Kami memegang prinsip yang sama,
yang membezakan kami dengan sahabat kami yang 'not yet Muslim'.

Apa yang membezakan, 
doktor Muslim dengan doktor yang bukan lagi Muslim?
In sha Allah.
Ianya bergantung kepada tahap perhambaan kita kepadaNya.

Ciri-ciri doktor yang kami nak capai bersama ialah,

1) Mantap pegangan agamanya.
2) Hebat ilmu perubatannya.
3) Pandai mengambil hati pesakit.
4) Petah berbicara dan menyentuh hati mereka-mereka.
5) Gagah berbisnes dan buka hospital kebajikan.
6) Menjadi doktor yang faham akan Islam.
7) Menjadi qudwah (teladan) kepada doktor-doktor yang ingin faham akan Islam. (which refers to our not yet Muslim friends)

Bayangkan sahajalah,
wujudnya sebuah hospital,
yang dipenuhi dengan Khalifah,
masing-masing bermandikan Nur Islam,
dan dahagakan tarbiyyah Islamiyyah.

Bukankah biah (persekitaran) itu amatlah membahagiakan?
Hati mana yang takkan bersyukur,
Tubuh mana yang takkan sujud.
Allahu Allah. :')

Oleh itu,
amat penting agar kita,
ingat, faham, dan hayati,
bisik pada tangan-tangan kita,
kaki-kaki kita, bibir-bibir kita ini,
hingga darah-darah yang mengalir dalam tubuh kita, 
menari kegembiraan dan bersorak gempita hendak berjihad di jalan Allah.

Fuh fuh fuh!
Hoooyeahh!!!

***
"Wahai tubuhku, engkau adalah tubuh seorang Khalifah,
maka bergeraklah engkau seperti gerakan seorang Khalifah jua.
Kerna jika engkau lemah, maka aku akan tinggalkan engkau.
Tiadalah aku sanggup bertemu Allah kelak, 
dengan tubuh sekadar seorang hamba dunia, 
walhal Dia telah jadikanku seorang hamba dan juga Khalifah."

"Dan aku gusar, 
sekiranya engkau tidak akan mampu menampung hatiku ini,
sungguh, hatiku ini sungguh besar dan sungguh membara,
kerna aku yakin, aku adalah seorang Khalifah.
Maka kuatlah juga engkau,
kerna engkau adalah aku,
dan aku adalah engkau,
maka akan ku jadikan engkau KhalifahNya jua."

Ayuh, kita sama-sama ubah dunia perubatan ini!!
Kita gegarkan dunia perubatan dengan Nur Islamiyyah!!

Kita susun langkah besar-besar bersama,
pastu kita langkah luas-luas bersama juga!

In sha Allah,
there will be one day.

Moga Allah redha dengan semua-semua ni.

dhiyaaqilah.
21112013
inginbinahospitaltarbiyyahbersamazauj.


No comments:

Post a Comment