.

.

Monday, 29 April 2013

KENALI FORM 6 a.k.a STPM

Assalammualaikum,
hahaha,,
qila dpt bgak msuk form 6 ny,,so qila nk explain ckit psal f6 ny bgi yg rsa truk sngt dpt f6 ny,,


Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) merupakan peperiksaan yang dikendalikan secara persendirian oleh Majlis Peperiksaan Malaysia berbanding peperiksaan awam lain yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Setiap pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya 3 KREDIT dalam peperiksaan SPM sebelum boleh dipertimbangkan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan 6. Pelajar Tingkatan 6 haruslah menamatkan pengajian selama Setahun Setengah (1 1/2) iaitu kira-kira 3 SEMESTER sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan akhir iaitu STPM pada akhir tahun kedua. Untuk pengetahuan anda, Peperiksaan STPM adalah setanding/setaraf dengan Peperiksaan A-LEVEL yang dikendalikan secara persendirian oleh Sindiket Peperiksaan Cambridge, Universiti Cambridge,UK. Oleh itu Kualiti danStandard STPM bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh jika kita mempertimbangkan penarafan STPM kepada A-LEVEL. Lulusan STPM diterima untukmelanjutkan pelajaran hampir di kebanyakan universiti di dunia kerana tarafnya yang hampir sama dengan Peperiksaan berprestij kendalian Universiti Cambridge itu.Selain itu, peperiksaan STPM dikendalikan di sekolah berbanding program pra-universiti lain seperti Program Pengajian Asas dan Matrikulasi yang dikendalikan di bangunan persendirian sama ada di bawah kerajaan mahupun swasta. Tambahan pula tempoh masa program-program ini lebih singkat berbanding STPM. Namun berdasarkan tahap kecemerlangan lulusan STPM semasa di universiti, kejayaan mereka adalah amat membanggakan dan seringkali mengungguli kedudukan teratas pelajar cemerlang dan meperoleh anugerah dekan dan lain-lain kecemerlangan. Ada yang berpendapat pelajar-pelajar STPM adalah lebih matang dan lebih bersedia berbanding dengan lulusan program-program lain. Hal ini memang ada kebenarannya !!!!!!!!!

sumber : #http://pk.awardspace.info
ingin tahu lebih tentang tingkatan enam ? click #HERE
===========================================

sharelah benda ini untuk rakan-rakan
anda yang tak tahu hala tuju selepas
spm. jasa anda amatlah dihargai. ^o^

No comments:

Post a Comment