.

.

Wednesday, 30 January 2013

Pesanan Habib Ali Al-Jifri

Nasihat untuk remaja zaman ini oleh Habib Ali al-Jifri

penanya soalan:Remaja sekarang ini mereka ada bersolat tapi melakukan perkara pelik.ada yang cium sana sini,mata meliar,masuk net tengok macam-macam.iman mereka lemah,penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini.

Habib Ali:Perkara ini semua orang ketahui.tentang ujian yang melanda remaja sekarang ini.Pertama sekali saya khabarkan berita gembira kepada remaja semua.

Penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dengan ujian,kemudian ingin kembali kepada Allah,kemudia kembali semula kepada perbuatan lama,kemudian ingin kembali semula kepada Allah.Ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat dihati mereka.

Iaitu mereka sangat mencintai Allah,selama mana mereka mencintai Allah,ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka.Demi Allah wahai saudaraku,jika Allah tidak mencintai kamu,Dia tidak akan campakan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan.Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada lakukan kesalahan"

Perasaan yang bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalian aku kepada Allah.Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman.Disini cahaya lilin(Keimanan) itu ada tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya.Yang memadamkan cahaya (keimanan) ini adalah tekad melakukan maksiat.

Perkara bahaya datang dari mana?perkara yang lebih bahaya dari maksiat.maksiat itu bahaya.tapi yang lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat mengambil mudah sahaja "Allah itukan maha pengampun" Kemudia kembali semula melakukan maksiat.

1.Memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri ini bahaya,ianya adalah isyarat cahaya iman mula menghilang.
2.mengambil mudah dan terus menerus dalam maksiat bersama merasakan putus asa terhadap Allah.
Nabi bersabda"tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristiqfar sekalipun kembali kepada maksianya 70 kali

Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu kedalam neraka,bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke syurga



~nadiatula'qilah razak malek/95~

No comments:

Post a Comment