Pandang Sahaja Dapat Pahala (^__^)
Pertama : Wajah Ibu dan Bapa
Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan.
Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak.
Sanggup berjaga malam di atas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.
Kedua : Al-Quran
Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita.
Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang di kunjungi di dalam almari, atas meja
di penuhi Majalah Magga, URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran?? Hanya di dalam phone?? Tak rugi bawa Al-quran dengan niat utk belajar @ bertalaqqi dengan guru. Kan lebih beradab. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati. In Shaa Allah..
Ketiga : Memandang Kaabah
Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan,Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang, malangnya banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak.
Inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (Kaabah) In Shaa Allah akan mendapat pahala..
Pesanan kpd diri yg serba kekurangan ini..Muhasabah diri..
Salam Maulidul Rasulullah S.A.W (Sollu 'ala Nabi) (^__^)
~nadiatula'qilah razak malek/95~
No comments:
Post a Comment